
Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki
TAMPIN, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah telah berkenan berangkat hadir ke Majlis Ihya Ramadan di Masjid As-Syakirin, Gemencheh, dekat sini semalam.

Undang Luak Johol menyantuni warga Gemencheh yang hadir.
Pada program itu, Undang Luak Johol sempat berbuka dan solat maghrib berjemaah bersama-sama warga Gemencheh yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum melakukan penyerahan bantuan kepada 45 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim.
Penerima sumbangan, Norfaizah Mohd Nordin, 45, berkata sumbangan ini serba sedikit membantu beliau membuat persiapan untuk menyambut syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
“Saya sangat berterima kasih kepada Undang Luak Johol dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kerana sudi memberi kepada saya sumbangan.

Undang Luak Johol bersama Mohd Isam menyantuni golongan asnaf yang hadir.
“Sumbangan yang diberikan ini akan saya manfaatkannya dengan baik,” ujarnya.
Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar.
-ZS-