Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Lelaki Mengaku Salah Miliki 44,000 Liter Minyak Diesel Tanpa Lesen

By 17 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KPDN Labuan

LABUAN, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Labuan hari ini atas tiga pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual minyak diesel berjumlah 44,000 liter tanpa lesen pada 27 Mac 2023 lalu.

kenderaan yang diubahsuai untuk menyimpan diesel dengan banyak.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Junaidah Arbain Tertuduh, Tee Neng Yee, 33, membuat pengakuan itu selepas semua tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Marlina Ibrahim.

“Berdasarkan tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa memiliki masing-masing sebanyak 40,000 liter, 2000 liter dan 2000 liter barang kawalan berjadual minyak diesel dalam tangki flexi dan tangki IBC berasingan serta berurusan dengan barang kawalan tersebut secara borong atau runcit tanpa lessen yang sah di sebuah kawasan perindustrian di Kampung Sungat Bangat pada 27 Mac 2023.

“Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dibaca bersama Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 22(1) Akta yang sama,” menurut kenyataan KPDN Labuan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya MD Syafique MD Hilmie yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran mengambil kira kesan serius kesalahan yang dilakukan selain barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk proses pelupusan.

“Tertuduh kemudiannya dikenakan hukuman denda RM60,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama dan denda RM15,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan kedua dan ketiga,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda