
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)
KUANTAN, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berada di kedudukan nombor satu terbaik dalam Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan tempat keempat terbaik di Malaysia daripada 60 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang tersenarai.

Naib Canselor UMPSA Profesor Dr. Yatimah Alias sewaktu berucap di majlis berkenaan
Menurut Naib Canselor UMPSA Profesor Dr. Yatimah Alias, kejayaan UMPSA berada di tahap ini adalah hasil keterlibatan pihak media dalam menyampaikan maklumat dan menyebarluas pencapaian dan inisiatif university kepada masyarakat.

Dr. Yatimah bersama rakan-rakan media yang hadir menandatangani plak
“Dengan liputan yang diberikan, UMPSA semakin dikenali sebagai sebuah universiti teknologi yang melahirkan jurutera dan teknologis berdaya saing,” katanya sewaktu berucap di Program Kolaborasi UMPSA bersama Media dan Rakan Strategik di sini, semalam.
Ujar beliau lagi, UMPSA juga berjaya mencapai sasaran pengurangan karbon dan mendapat penarafan 4 Diamond dalam Low Carbon City 2030 Challenge bagi Kampus Pekan dan 2 Diamond bagi Kampus Gambang.
“Dalam konteks akademik pula, UMPSA terus mengorak langkah ke peringkat antarabangsa apabila tujuh subjek tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject 2025,” ujarnya.
-AA-