Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Dilanda Banjir Teruk

By 21 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 21 Mac (MalaysiaAktif) — Hujan lebat tanpa henti sejak Rabu di Johor menyebabkan banjir teruk berlaku di beberapa daerah terutamanya di Johor Bahru.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, semalam

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata hujan yang berterusan melebihi tempoh 24 jam mengakibatkan beberapa kawasan di Johor Bahru mula dinaiki air sejak pagi semalam.

“Saya telah membuat tinjauan di beberapa sungai bersama Pegawai Daerah Johor Bahru dan turut melawat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menyantuni mangsa banjir yang telah ditempatkan akibat paras air sungai yang naik melebihi paras normal,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, di sini semalam.

Dalam pada itu, Datuk Onn Hafiz juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mempercepatkan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko banjir dari berulang.

“Saya akan pastikan segala projek tebatan banjir yang dirancang dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan Bangsa Johor terjaga,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Haffiz Haji Ahmad.

-AA-

Tinggalkan komen anda