
Laporan/foto: Noor Aini/PTSS
PAUH, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak 15 menu berbuka puasa dengan harga RM38 bagi dewasa, dan RM28 bagi kanak-kanak, Pauh Inn-PTSS menanti kehadiran pengunjung sekaligus melatih para pelajar Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh (PTSS) dalam bidang pengkhususan berkaitan.

Para pensyarah turut hadir memberikan sokongan
Menurut Siti Zauyah Abu Bakar, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PTSS, inisiatif ini diambil bagi memperkenal Pauh Inn dan juga melatih para pelajar dalam jurusan mereka seperti keusahawanan dengan lebih memahami bagaimana untuk bermula dalam dunia perniagaan.
Projek pada kali ini ini adalah merupakan pembelajaran bagi para pelajar dalam dunia sebenar, selepas mempelajari teori di dalam kelas, ujar Abdul Hasnal Abdullah, Ketua Jabatan Perdagangan, PTSS.
“Diharapkan, dengan konsep mempelajari secara praktikal ini, para pelajar dapat mengadaptasi pembelajaran mereka di dalam kelas selama bertahun,” ujarnya.
Seorang pelanggan yang juga pelajar PTSS, Muhammad Ahmadinejad Abdul Hafiz, 19, menyatakan projek seperti ini sangat baik kepada pelajar, kerana memberi pendedahan kepada para pelajar terutama memahami teori pembelajaran dalam kelas selama ini.
“Iftar Cafe ini terhad hanya untuk lima hari sahaja dan akan berakhir pada 26hb ini,” ujar Siti Zauyah ketika ditemubual semalam.
-AA-