
Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman (Melaka Tengah)/Facebook JAKOA
MELAKA, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Program Wacana Kepimpinan Orang Asli dan Iftar Ramadan Bersama Ketua Menteri Melaka yang berlangsung di Hotel MITC, di sini petang semalam telah menghimpunkan masyarakat Orang Asli Jasin dan Alor Gajah.

Ketua Menteri Melaka ketika menyampaikan ucapan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memperkenal dua insentif kerajaan negeri kepada Orang Asli Melaka iaitu Skim Perlindungan Insurans Kesihatan dan Khairat Kematian melibatkan 93 orang terdiri daripada Tok Batin, Jenang dan Jurukerah serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).
Manakala Skim Bantuan Persekolahan Murid Orang Asli berjumlah RM70,000 memberi manfaat kepada 700 pelajar Orang Asli bermula dari Tadika/Prasekolah sehingga Sekolah Menengah.
Menurut Rauf, Kerajaan Negeri Melaka akan terus merangka dan menyediakan lebih banyak inisiatif lain yang akan memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Sesi bergambar bersama masyarakat Orang Asli.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan komuniti Orang Asli terus diperkasakan,” ujarnya.
-ZS-