Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Lebih 500 Metrik Tan Sisa Pukal Mangsa Banjir Dikutip Hingga Akhir Ramadan

By 26 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/SWM Environment 

JOHOR BAHRU, 26 Mac (MalaysiaAktif) — Sebanyak 500 metrik tan sisa pukal banjir dijangka akan dikutip dalam operasi pembersihan pasca banjir membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.

Kehadiran sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO) bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman penduduk yang terkesan akibat banjir di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin, berkata dalam tempoh lima hari operasi dijalankan, lebih 250 metrik tan sisa banjir telah dikutip.

“Kita menjangkakan sebanyak 500 metrik tan sisa pukal akan dikutip di kawasan yang terjejas banjir selewat-lewatnya akhir Ramadan.

“Kawasan kutipan sisa pukal yang paling tinggi adalah dalam Johor Bahru di Taman Tampoi Indah, Kampung Sri Jaya, Kampung Sri Serdang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara,” katanya ketika meninjau perkembangan Operasi Pembersihan Pasca Banjir di Villa Rose, Taman Tampoi Indah, di sini semalam.

Sisa pukal dikutip di Kampung Sri Jaya, Johor Bahru antara kawasan yang terjejas teruk oleh bencana banjir pada minggu lepas.

Tambah Mohd Norlisam, jumlah sisa pukal mangsa banjir yang dikumpul dan dikutip setiap hari lebih kurang 50 hingga 60 metrik tan.

“SWM Environment juga turut bersedia menerima permohonan penggantian tong sampah beroda yang rosak atau hilang akibat daripada bencana banjir secara percuma,“ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda