
Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Mohamed Hirsham Azmi (Pontian)
PONTIAN, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadiri majlis berbuka puasa daerah Pontian di Masjid Pekan Nenas, di sini semalam.

Kira-kira 1,000 warga pontian turut hadir majlis berbuka puasa daerah Pontian yang diadakan di Masjid Pekan Nenas, semalam.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh kira-kira 1,000 warga Pontian.
Pada majlis itu, baginda berkenan menunaikan solat maghrib berjemaah dan kemudiannya berbuka puasa sebelum berangkat meninggalkan majlis.
Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghaz dan Pegawai Daerah Pontian Kamaluddin Jamal.
-ZS-