Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Rintis Komuniti Wadah Perpaduan Bersama Masyarakat Orang Asli

By 3 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/JAKOA

BIDOR, 9 Apr (MalaysiaAktif) – Program Rintis Komuniti Rakyat MADANI: Majlis Aidilfitri Perpaduan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, di sini semalam yang dihadiri lebih 500 Orang Asli menjadi wadah perpaduan dalam mengeratkan hubungan masyarakat.

Dr. Ramli menandatangani sijil sempena lawatan ke Kem PGA Batalion 3.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Dr. Ramli Md Nor, berkata program ini dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pelbagai agensi.

“Saya turut menyampaikan sumbangan daripada Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kepada 15 keluarga anggota PGA Batalion 3,” katanya yang hadir merasmikan program.

Sementara itu, Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop, berkata ini adalah program tambahan yang akan dilaksanakan di tiga buah negeri iaitu Perak, Pahang dan Melaka.

Sekitar hadirin yang hadir ke Program Rintis Komuniti Rakyat MADANI: Majlis Aidilfitri Perpaduan.

“Ini merupakan pendekatan kerajaan dalam usaha merapatkan hubungan dengan rakyat bagi membina perpaduan dalam kepelbagaian,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA Datuk Sapiah Datuk Mohd Nor dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda