Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kuliah Maghrib Semarak Syawal: Renungan Pasca-Ramadan di Masjid Al Solihin

By 33 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Radzi Yusof

KUALA KRAI, 12 Apr (MalaysiaAktif) – Masjid Al-Solihin Mukim Kebun, Kuala Pertang terus memperkukuh peranan sebagai pusat ilmu dan keagamaan dengan menganjurkan Kuliah Maghrib sempena bulan Syawal yang mulia bertemakan ‘Apa yang Tertinggal Dalam Diri Kita Setelah Ramadan Berlalu’.

Antara jemaah yang hadir di dalam kuliah maghrib.

Kuliah yang berlangsung semalam selepas solat maghrib itu menampilkan penceramah bebas Haji Nik Muhamad Nik Lib yang menyampaikan pengisian rohani kepada jemaah yang hadir, mengajak mereka untuk terus mengekalkan amalan baik sepanjang Ramadan dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Masjid Ustaz Muhammad Hamim Muhammad Nawi, 40, berkata program ini bertujuan mengingatkan jemaah tentang nilai-nilai keinsafan, ibadah, kebajikan dan hubungan kekeluargaan yang dipupuk sepanjang Ramadan agar tidak terhenti hanya pada bulan tersebut.

“Ramadan adalah masa untuk umat Islam merenung diri, memperbaiki ibadah dan memperkukuh silaturahim.

“Kuliah seperti ini penting untuk menyemai kesedaran agar kita tidak kembali kepada rutin lama selepas Ramadan berlalu,” katanya.

Pengerusi Masjid Al-Solihin Mukim Kebun Kampung Kuala Pertang.

Setiausaha Masjid Mohd Azhar Azmi turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa masjid atas komitmen menganjurkan program tersebut serta sokongan padu daripada penduduk kampung yang hadir.

“Semoga kuliah seperti ini dapat diadakan lebih kerap bagi memberi peluang kepada jemaah mendalami ilmu agama dan memperbaiki diri secara berterusan,” ujarnya.

Program ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah memperkukuh jalinan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat, selari dengan semangat Syawal yang membawa mesej kesyukuran dan perpaduan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda