Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

KPKT Salur RM5.29juta kepada Rumah Pangsa Jalan Hospital, PPR Seri Kepayang

By 8 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Nazrie Mat Nayan/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 14 April (MalaysiaAktif) – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus menunjukkan komitmen dalam mempertingkatkan kualiti hidup rakyat menerusi projek penyenggaraan Rumah Pangsa Jalan Hospital dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Kepayang.

Nga Kor Ming merasmikan penggantian lif PPR Seri Kepayang yang turut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Jenny Choy Tsi Jen

Menurut Menteri KPKT Nga Kor Ming, dua projek utama berjaya disiapkan dan dirasmikan iaitu kerja-kerja mengecat dan menggantikan susur tangan (handrill) di Rumah Pangsa Jalan Hospital serta penggantian lif-lif usang di PPR Seri Kepayang.

“Rumah Pangsa Jalan Hospital yang mula diduduki sejak tahun 1971 dengan 580 unit rumah telah menerima peruntukan RM500,000 daripada KPKT dan tambahan RM100,000 daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) untuk kerja-kerja penyenggaraan yang berjaya disiapkan dalam tempoh 12 bulan dengan penjimatan kos sebanyak 16%,” katanya ketika ditemui semalam.

Nga Kor Ming diiring bagi meninjau ke dua lokasi penyenggaraan hasil peruntukan daripada KPKT

“Manakala di PPR Seri Kepayang, kerajaan telah memperuntukkan RM3 juta untuk penggantian lif usang yang sering rosak, namun projek ini berjaya dilaksanakan dengan hanya RM2.61 juta dan berjaya menjimatkan 13% daripada kos perbelanjaan.

“Sejak tahun 2023, sebanyak RM5.29 juta telah disalurkan bagi kesejahteraan penduduk setempat. Usaha ini selari dengan aspirasi Rumahku, Syurgaku untuk menghapuskan stigma terhadap rumah pangsa dan PPR,” tambah beliau semasa sidang media di PPR Seri Kepayang, di sini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM993,000 di bawah Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) bagi tahun 2025 untuk pelbagai kerja baik pulih dan naik taraf di kawasan berkenaan, termasuk sumbangan RM200,000 daripada beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang bagi menaik taraf Medan Selera Seri Kepayang.

-AA-

Tinggalkan komen anda