
Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Muhammad Amirul Faisal Rostan
GUA MUSANG, 16 Apr (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan literasi digital, terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan teknologi masa kini.

Ucapan dan taklimat oleh Ketua Komuniti MADANI Rantau Manis .
Pengurus NADI Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Sungai Asap Nik Muhamad Ilham Nik Hassan, berkata walaupun ramai penduduk sudah mengenali pelbagai perisian teknologi, namun masih ramai yang belum memahami cara penggunaannya dalam kehidupan seharian.
“Rata-rata masyarakat mengetahui mengenai perisian teknologi terkini tetapi tidak mengetahui cara pelaksanaan serta fungsi dalam urusan harian,” katanya ketika ditemui sempena Program Jiwa@Komuniti Madani Rantau yang diadakan di NADI KESEDAR Sungai Asap, di sini semalam.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Rantau Manis Siti Norhashimah Mohd Nor, 44, inisiatif yang dijalankan oleh NADI telah membuka peluang kepada penduduk luar bandar untuk mempelajari pelbagai aspek teknologi digital.

Kanak-kanak turut menerima duit raya.
“Melalui NADI, penduduk dapat memperluaskan pengetahuan tentang penggunaan Internet, aplikasi digital dan aspek keselamatan siber,” jelasnya.
Program Komuniti MADANI itu turut menyediakan sesi penerangan berkenaan naratif kerajaan dan isu-isu semasa kepada penduduk setempat.
Inisiatif seperti ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar demi membentuk masyarakat celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital.
-ZS-