
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 17 Apr (MalaysiaAktif) – Kehadiran PENTARAMA X Kelab Malaysiaku memeriahkan empat buah sekolah Kelab Malaysiaku di Negeri Perlis yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis dan SMK Kuala Perlis pada hari pertama dan pada hari kedua di SMK Syed Alwi dan SMK Putra.

Pakaian negara-negara ASEAN menjadi tumpuan.
Penglibatan secara keseluruhan melibatkan 4,268 para pelajar di empat sekolah berkenaan.
Menurut pengetua SMK Putra Azzuafi Jusoh,
program seumpama ini sangat sesuai dan wajar diteruskan pada tahun akan datang demi memberi pemahaman dalam kalangan pelajar dan tidak menyalahguna media sosial.
“Saya sangat berbangga dan teruja kerana sekolah kami terpilih menjadi salah sebuah sekolah yang terpilih dalam bersama-sama menjayakan program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku dan seterusnya dapat memberi pendedahan terutama berkaitan Kempen Keselamatan Dalam Talian.
Pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Perlis Ramiza Ahmad telah menyampaikan ceramah berkaitan Internet selamat di salah sebuah sekolah berkenaan.
“Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” ujar Saniyah Abdullah, Pengetua SMK Syed Alwi, ketika ditemui setelah tamat program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku, kelmarin.
Beliau berharap program ini dapat dikekalkan sebagai program tahunan.

Empat sekolah di Perlis yang menjayakan PENTARAMA X Kelab Malaysiaku.
“Program ini sangat bagus dan menarik minat para pelajar mengetahui cara menjaga maklumat terutama peribadi yang didedahkan di media sosial terutamanya,” katanya.
Penganjuran program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku bersama empat sekolah terpilih di negeri Perlis, adalah juga merupakan salah satu langkah menanam semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar disamping memberi kefahaman mengenai manfaat dasar dan inisiatif kerajaan seperti Kempen Keselamatan Dalam Talian.
-ZS-