Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pentarama X Kelab Malaysiaku Dekati Belia

By 11 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Burhanuddin Helmi/Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Apr (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Perlis telah menganjurkan Program Pentarama X Kelab Malaysiaku bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis,  dekat sini kelmarin.

Keberkesanan program bagi memahami kehendak belia.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perlis Mazli Hamdan, berkata program ini adalah bertujuan memupuk semangat patriotik atau rasa kecintaan yang mendalam kepada negara dan perlu disemai dan dipupuk dari peringkat sekolah agar sebati dalam diri setiap pelajar.

“Program ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik, taat setia dan cintakan negara dengan memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab, bertoleransi dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah Sembang Santai, Taklimat Internet Selamat daripada SKMM, Taklimat ASEAN dan persembahan nyanyian,” ujarnya.

Sementara itu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis Oiu Siew Aim, berkata pogram seperti ini amat signifikan dengan suasana sekolahnya yang mempunyai para pelajar dan juga guru daripada pelbagai kaum.

Golongan belia perlu ditekankan dengan maklumat tepat dan sahih.

“Program ini menjadi wadah penting untuk menanam dan menyuburkan semangat perpaduan, saling menghormati, serta memperkukuhkan rasa cinta akan negara dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Empat buah sekolah  di negeri Perlis adalah antara yang dipilih daripada 88 buah sekolah di seluruh negara untuk Program Pentarama X Kelab Malaysiaku pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda