Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerajaan Tidak Lupa Sumbangan dan Kebajikan Pesara

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Kamil/Shamsul Bahari Abdul Shukor/Jabatan Perkhidmatan Awam

BUTTERWORTH, 18 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan tidak pernah melupakan jasa pesara perkhidmatan awam yang telah menyumbang bakti kepada negara, malah sentiasa komited membantu golongan yang memerlukan termasuk penerima e-Kasih dan pesara yang mengalami masalah kesihatan.

Wan Ahmad Dahlan menyantuni keluarga penerima e-kasih di Flat Mak Mandin Butterworth

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata pelbagai bentuk bantuan disalurkan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada negara.

Wan Ahmad Dahlan ketika ditemu bual oleh pihak media

“Bantuan yang disampaikan ini diharap dapat meringankan beban pesara dan penjawat awam yang menghadapi musibah.

“Usaha ini akan cuba saya laksanakan dalam setiap siri lawatan kerja luar,” katanya selepas menyantuni dua orang pesara kerajaan dan dua penerima e-Kasih dalam program ziarah prihatin di sekitar Seberang Perai, di sini semalam.

Tambah beliau, pesara kerajaan turut menikmati kenaikan pencen melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap kebajikan bekas penjawat awam.

“Dianggarkan tiga hingga empat peratus daripada keseluruhan 1.4 juta penjawat awam bersara atas sebab kesihatan, selepas melalui proses saringan yang teliti oleh pihak berwibawa,” ujarnya.

Wan Ahmad Dahlan turut memaklumkan bahawa Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan sentiasa bekerjasama dalam mengenal pasti golongan kurang bernasib baik seperti B40 dan miskin tegar bagi memastikan bantuan disampaikan secara berkesan.

-AA-

Tinggalkan komen anda