
Laporan/foto: Azza Azmi/Mohd Zahid Othman (Johor)
JOHOR BAHRU, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Kesilapan memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit oleh sebuah akhbar tempatan menimbulkan keresahan awam dan kini disiasat oleh tiga agensi penguat kuasa.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata siasatan dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana kesilapan tersebut dikesan pada edisi cetak.

Datuk Fahmi berharap insiden paparan Jalur Gemilang tidak lengkap menjadi peringatan kepada semua pihak agar lebih teliti dalam menjaga simbol negara yang menjadi lambang kedaulatanĀ danĀ perpaduan
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan melakukan siasatan di bawah Akta Lambang Kebangsaan, Kanun Keseksaan dan beberapa undang-undang lain.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut melaksanakan siasatan melalui aspek penyiaran digital di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai, di sini hari ini.
Datuk Fahmi berkata pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan individu bagi membantu siasatan dan ia tidak menyalahi undang-undang.
“Semua hasil dapatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan dan tindakan lanjut,ā katanya.
Beliau juga berharap agar insiden sebegini menjadi peringatan kepada semua pihak agar lebih teliti dalam menjaga simbol negara yang menjadi lambang kedaulatan danĀ perpaduan.
-AA-