Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Negeri Pahang Serius Tangani Isu Pencerobohan Tanah Haram

By 37 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Zaki (Bentong)

BENTONG, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dan memandang serius berhubung isu pencerobohan tanah haram di negeri ini.

Pengunjung bertuah yang memenangi cabutan bertuah sebuah motorsikal

Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sejak tahun 2019 lagi kerajaan negeri telah bertindak ke atas sebarang aktiviti pencerobohan tanah termasuk kes terbaharu yang membabitkan seluas 404 hektar Hutan Simpan Sungai Perdak yang telah diceroboh.

“Kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pijak yang menceroboh tanah secara haram di negeri ini,” ujarnya sewaktu berucap di Majlis Perasmian Moh Karnival Makmur Bentong, Sabtu lalu.

Turut hadir Pengerusi Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Datuk Amizar Abu Adam.

-AA-

Tinggalkan komen anda