Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jom Baca 10 Minit 2025 Bertemakan ‘Nikmati Saat Ini’ Berlangsung Meriah

By 3 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 22 Apr (MalaysiaAktif) – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 bertemakan ‘Nikmati Saat Ini’ yang dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di salah sebuah pasar raya terkemuka, di sini hari ini.

Penyerahan baucar buku Semarak Membaca yang boleh diguna pakai oleh seluruh warganegara Malaysia.

Dalam ucapan, Aaron menekankan pentingnya amalan membaca dalam pembinaan negara, perpaduan rakyat, serta pembangunan diri.

Selain itu beliau turut memuji inisiatif yang diterajui oleh Perpustakaan Negara Malaysia sebagai usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dan membudayakan pembacaan sebagai gaya hidup.

“Pembacaan juga sebagai salah satu bentuk riadah minda dan perubahan kaedah membaca pada hari ini selari dengan era digital, serta keperluan untuk bersikap lebih kritis dalam menilai maklumat dalam talian,” katanya.

Bergambar bersama di majlis perasmian Jom Baca 10 Minit 2025.

Turut berlangsung juga majlis penyerahan baucar buku ‘Semarak Membaca’ yang melayakkan seluruh warganegara Malaysia menebus baucer bernilai RM 10 dengan pembelian RM20 ke atas sama ada di platform Shopee dan Pesta Buku Negeri bermula 22 April sehingga 31 Disember 2025.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di bawah Projek Penerbitan Buku PENA Malaysia Madani turut menyumbangkan 123 judul buku kepada Perpustakaan Negara Malaysia di mana setiap judul berjumlah 300 naskah dan akan disumbangkan kepada perpustakaan-perpustakaan lain di seluruh Malaysia.

Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Datuk Haji Ruji Haji Ubi dan Ketua Pengarah Perpustakaan Malaysia Edy Irwan Zulkafli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda