Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Koleksi Pameran Semangat ASEAN di Muzium Negara Imbas Sejarah Lalu

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Apr (MalaysiaAktif) – Sebanyak 120 koleksi Pameran Semangat ASEAN dipamerkan untuk penghayatan umum di Muzium Negara.

Antara koleksi Pameran Semangat ASEAN di Muzium Negara, Kuala Lumpur

Ia memperlihatkan warisan budaya, sejarah, dan amalan lestari yang mencerminkan keunikan setiap negara anggota.

Terdapat pelbagai koleksi sejarah pembentukan ASEAN dari tahun 1967 hingga 1976 berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Lebih membanggakan antara koleksi yang mempunyai nilai sejarah tinggi ialah Deklarasi ASEAN bertarikh 8 Ogos 1967, ditandatangani di Bangkok, telah menyumbang kepada kejayaan kini dipelihara di Arkib Negara Malaysia.

Pengiktirafan membanggakan itu disampaikan di Paris, Perancis pada 17 April yang lalu.

Antara koleksi Pameran Semangat ASEAN di Muzium Negara, Kuala Lumpur

“Pameran ini menonjolkan kepelbagaian dalam ASEAN sekali gus menjadi kekuatan untuk memupuk komuniti serantau yang stabil,” kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Majlis Peluncuran Pameran Semangat ASEAN dan Pameran Karya Agung, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda