Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

LISC 2025 Simbol Kesungguhan Solidariti Semua Pihak

By 43 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Acara sukan air Labuan International Sea Challenge (LISC) adalah simbol kesungguhan solidariti semua pihak yang terlibat dalam menyokong dan mendukungnya selama ini.

Antara peserta Kayak Mini Maraton LISC 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran Taib hasil sokongan semua pihak menjadikan LISC 2025 yang masuk edisi ke-27 masih terus mendapat perhatian.

“Sungguhpun Labuan ini hanya memiliki populasi sekitar 100 ribu orang penduduk, namun LISC telah bersimpul di sanubari rakyat Labuan malah menyatukan kita untuk menjayakannya.

“LISC 2025 masih signifikan bukan sahaja kepada warga Labuan tetapi turut mendapat perhatian oleh rantau BIMP EAGA,” katanya semasa merasmikan LISC 2025 di sini malam semalam.

Tambahnya, LISC 2025 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM350,000 untuk 12 acara dipertandingkan meningkat 43 peratus daripada jumlah hadiah semasa LISC tahun lalu.

Acara Silat Pantai mencatatkan jumlah penyertaan teramai dalam LISC 2025.

“LISC juga memberikan manfaat kepada komuniti niaga tidak kira penjaja kecil, pekhidmat dalam syarikat pengangkutan, pengusaha penginapan termasuklah premis makanan dan perniagaan yang lain.

“Selain acara berbentuk pertandingan, terdapat juga aktiviti yang dapat memikat pengunjung datang bersama keluarga seperti petting zoo, lebih 100 pameran dan gerai jualan serta taman-taman bunga mini Borneo Flora Festival (BFF),”jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda