Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

2500 Nyamuk Wolbachia Dilepas, Usaha Banteras Denggi

By 14 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/Surega Vasuthevan

TELOK MAS, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Perasmian Projek Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia yang berlangsung di Taman Seri Telok Mas telah dirasmikan oleh EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, kelmarin.

Dr. Ruzita Mustaffa menyampaikan ucapan aluan

Kaedah pelepasan nyamuk Aedes yang mengandungi bakteria Wolbachia merupakan satu kaedah yang terbukti secara saintifik dapat membantu mengurangkan kadar jangkitan melalui gangguan terhadap kebolehan nyamuk untuk menyebarkan virus.

Sesi bergambar

Setakat 19 April 2025, sebanyak 403 kes denggi didaftarkan dan jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 43.95% berbanding tempoh yang sama tahun 2024.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi jaminan bahawa teknologi ini merupakan sebahagian daripada strategi Inovatif, Mesra Alam dan Mampan serta tidak memberi kesan buruk kepada manusia atau haiwan di Malaysia.

Menurut Pengarah Kesihatan Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa, pelaksanaan program ini akan melibatkan pelepasan nyamuk berwolbachia secara berkala selama beberapa minggu dan pemantauan teliti oleh petugas kami.

“Saya menyeru agar penduduk Taman Seri Telok Mas dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan pelaksana kami.

“Jangan bimbang jika ternampak petugas membuat pelepasan nyamuk atau peralatan diletakkan di kawasan tertentu semua adalah demi kebaikan bersama,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda