Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Projek SejaTi MADANI Perkasa Ekonomi Tempatan

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail

TUMPAT, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Projek Sejati MADANI terus memperkasa komuniti tempatan apabila seorang penduduk Kampung Periok, Wakaf Bharu, Tumpat, Zainuddin Mat Yazid, 46, mengambil inisiatif memulakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan produk kerepek ubi.

Abd. Manan Md. Said ketika menyampaikan ucapan

Dengan sokongan bantuan kewangan di bawah program tersebut, Zainuddin kini dalam perancangan untuk mengembangkan industri kecil tempatan menggunakan peralatan moden seperti mesin pemotong ubi, mesin menggoreng dan mesin pembungkusan plastik, bagi memastikan kerepek yang dihasilkan kekal rangup dan berkualiti tinggi.

Acara pemotongan riben

“Projek ini bukan sahaja bertujuan menjana pendapatan peribadi, malah turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, khususnya golongan wanita,” jelas Zainuddin ketika ditemui kelmarin.

Menurut beliau, ubi kayu sebagai bahan mentah mudah diperoleh di kawasan sekitar dengan kos yang berpatutan.

Idea untuk menceburi perniagaan kerepek ubi tercetus apabila melihat potensi permintaan tinggi terhadap produk makanan ringan tempatan.

Majlis perasmian Projek SejaTi MADANI ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Giat MARA Tumpat, Abd Manan Md. Said.

Turut hadir, Hasim Mohamed, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, yang sama-sama menyokong inisiatif keusahawanan ini dalam memperkasakan ekonomi rakyat.

-AA-

Tinggalkan komen anda