Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Komuniti MADANI Semarakkan Jiwa Perpaduan

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Program Jiwa@Komuniti MADANI sempena sambutan perayaan telah berlangsung meriah di Laman Kampung Permatang Pasir, di sini kelmarin dengan penyertaan aktif masyarakat setempat.

Program yang bermula pukul 9.00 pagi itu bertujuan mengeratkan hubungan antara komuniti tanpa mengira latar belakang kaum, selain menjadi platform untuk perkongsian maklumat antara agensi kerajaan dan penduduk.

Edaran bahan penerbitan maklumat berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga diberikan kepada semua yang hadir pada program tersebut.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Bagan Samak, Md Sharif Musa, 62, program ini diadakan bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai inisiatif kerajaan.

“Pelbagai pameran oleh agensi kerajaan dan pameran kesedaran daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut diadakan sebagai usaha mendekati masyarakat,” katanya.

Antara pengisian menarik yang disediakan ialah pameran jabatan-jabatan kerajaan, jualan sabun pencuci oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bandar Baharu, saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu/KOSPEN, serta Ikrar Rukun Negara.

Selain itu, perkongsian maklumat berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Skim Khairat Kematian disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu Siti Nor Asikin Haria manakala taklimat keselamatan serta pencegahan jenayah dalam talian disampaikan oleh Insp. Shahril Ariffin dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu.

Norlela pemenang pertandingan pakaian tercantik sempena program ini juga, menyatakan bahawa program ini sangat bermanfaat kerana menyediakan pelbagai pengisian berguna kepada penduduk.

Pemenang pertandingan pakaian tercantik Norlela Jaafar, 51, berkata program ini sangat bermanfaat kerana menyediakan pelbagai pengisian berguna kepada penduduk.

“Selain saringan kesihatan, perkongsian tentang ancaman jenayah siber seperti scammer (penipu) amat penting kerana ia melibatkan keselamatan dan kewangan masyarakat,” katanya.

Program turut diserikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang mengeratkan lagi hubungan antara penduduk, sekali gus menghidupkan semangat perpaduan dan kemasyarakatan dalam Komuniti MADANI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda