Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Wanita Beraspirasi Membina Legasi

By 38 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Wanita DUN Johor Lama dan Program Mesra Sakinah Daerah Kota Tinggi telah berlangsung di Wisma JKKR, Felda Air Tawar 3, semalam.

Pemeriksaan kesihatan turut diadakan

Program ini bertujuan untuk memperkasakan peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat.

ADUN Johor Lama, Norlizah Noh, berkata wanita hari ini bukan sekadar pelengkap kepada masyarakat tetapi mereka adalah pencetus perubahan dan pemangkin kemajuan.

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan

“Ini membuktikan bahawa kaum wanita juga mempunyai keupayaan untuk menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara menerusi pelbagai industri. Ketabahan, keberanian dan sumbangan luar biasa wanita tidak boleh disangkal lagi malah diterima oleh semua pihak.

“Selain itu, program ini diharap memberi inspirasi kepada semua wanita untuk terus maju dengan penuh keyakinan, keberanian dan keazaman yang tinggi serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang,” ujarnya ketika majlis perasmian.

Pertandingan gubahan tuala, pertandingan memasak, Jualan Bazar Usahawan SURI Johor, sukaneka, ceramah modul Keluarga Sakinah serta ceramah kesihatan mental telah diadakan sepanjang program.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Daerah Kota Tinggi ini mendapat kerjasama penuh dari Pejabat YB ADUN Johor Lama dan Pengurusan Felda Air Tawar 3.

Turut hadir, Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Kota Tinggi, Mohd Shaiful Hafiz Amiti dan Ketua Peneroka Felda Air Tawar 3, Norhisham Sulaiman.

-AA-

Tinggalkan komen anda