Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pesta Candat Sotong Tarik Peserta Luar Negara

By 32 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Muhammad Arief (Marang)

MARANG, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Pesta mencandat sotong yang merupakan aktiviti tahunan di Terengganu bukan sahaja menarik minat penyertaan tempatan malah turut menarik penyertaan dari negara luar seperti Perancis, Chille, Thailand, Afrika Selatan dan Bangladesh.

Sebahagian peserta daripada luar negara yang turut serta ditemui di Program Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Hilman Hajijan berkata, cadangan membuka penyertaan kepada luar negara adalah salah satu usaha untuk menggiatkan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Peserta program bersiap sedia menaiki bot untuk mencandat sotong

“Lebih 100 ribu jumlah penyertaan dijangka diterima dalam Program Candat Sotong Terengganu 2025 sepanjang lima bulan aktiviti ini berlangsung bermula pada penghujung April sehingga September nanti.

“Kerajaan menjangkakan pulangan ekonomi yang memberangsangkan daripada aktiviti ini iaitu melebihi RM7.5 juta kepada pengusaha bot, hotel, pengusaha inap desa dan peniaga tempatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu 2025 yang bertemakan Pakat Maghi Candat Sotong di Jeti Pelancongan Marang, di sini kelmarin.

-AA-

Tinggalkan komen anda