Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kementerian Pengangkutan Arah Henti Operasi Aplikasi e-hailing dari Russia

By 1 hari yang lalu26 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/KTM Berhad (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 11 Mei (MalaysiaAktif) — Dua aplikasi e-hailing iaitu InDrive dan Maxim dari Russia diarah menghentikan operasinya di Malaysia berkuatkuasa 24 Julai ini.

Anthony Loke (tengah) ketika sidang media, berkata syarikat berkenaan akan ditamatkan perkhidmatan operasinya akibat daripada ketidakpatuhan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, berkata surat pemakluman penamatan operasi kepada kedua-dua aplikasi berkenaan telah dihantar oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Dua syarikat berkenaan boleh membuat rayuan dan sebarang keputusan yang akan dibuat hanya boleh diputuskan oleh saya sendiri selaku Menteri Pengangkutan,” katanya.

Anthony Loke menyampaikan topi keledar percuma kepada pengunjung yang hadir di Majlis Perasmian Pembukaan Semula Operasi Landasan Keretapi Pasir Gudang-Kempas Baru

Sementara itu, Loke berkata kedua-dua syarikat e-hailing didapati masih menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan yang sedia ada yang ditetapkan.

“APAD memaklumkan bahawa syarikat e-hailing tersebut didapati melanggar syarat pelesenan yang telah berkuatkuasa dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715),” katanya.

Loke ditemui ketika sidang media selepas penyerahan topi keledar percuma sempena Majlis Perasmian Pembukaan Semula Landasan Kargo Pasir Gudang-Kempas Baru, di sini kelmarin.

-AA-

Tinggalkan komen anda