
Laporan/foto: Wenny Di Tian Soh/Bonaventure Subin kak (Keningau)
KENINGAU, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Program NADI X Komuniti MADANI anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) memberi peluang kepada ahli Komuniti MADANI mengenali peranan dan fungsi NADI dalam memperluas akses maklumat dan kemahiran.

Peserta menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, tahap gula dan indeks jisim badan (BMI) yang disediakan secara percuma.
Pengurus NADI Pekan Sook, Petronilla Chrispine memberi penerangan mengenai fungsi dan peranan NADI kepada peserta yang hadir.
“Kita menggalakkan lebih ramai hhli Komuniti MADANI untuk mendaftar sebagai ahli NADI kerana keahlian adalah percuma dan banyak kelebihan boleh diperoleh.
“Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang seperti bengkel keusahawanan digital, kursus memasak, menjahit dan sebagainya,” katanya semasa menyampaikan taklimat kepada peserta program di NADI Pekan Sook, di sini pada Sabtu.
Salah seorang peserta, Sinashuti Ampasok, 53, menyifatkan inisiatif ini sangat bermanfaat, khususnya dalam meningkatkan ilmu berkaitan keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Ahli Komuniti MADANI menggunakan kemudahan komputer di NADI Pekan Sook.
“Program ini mampu meningkatkan lagi peluang ekonomi komuniti setempat melalui akses kepada maklumat dan latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar,” ujarnya.
Peserta rata-ratanya berharap program sebegini dapat diteruskan secara berkala agar lebih ramai masyarakat luar bandar dapat menerima manfaat secara langsung daripada inisiatif kerajaan ini.
Untuk makluman, seramai 10 ahli dari Biah, Sook menyertai program ini yang turut meliputi taklimat, latihan dan pemeriksaan kesihatan asas percuma.
-RJ-