Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Empat Kampung Meriahkan Program JIWA@Komuniti Pra-Gawai Tringgus

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Penduduk daripada empat buah kampung tanpa mengira latar belakang dan usia hadir memeriahkan Program JIWA@Komuniti MADANI sempena Perayaan Pra-Gawai yang diadakan di Dewan Kampung Tringgus Rabak Rotan semalam.

Empat buah kampung bersatu jayakan Program JIWA@Komuniti MADANI di Dewan Kampung Tringgus Rabak Rotan malam semalam.

Kehadiran mereka mencerminkan semangat perpaduan dalam memelihara adat serta meraikan warisan budaya masyarakat Bidayuh.

Empat kampung yang terlibat dalam program tersebut ialah:

  • Kampung Tringgus Rabak Rotan

  • Kampung Tringgus Matan Nguan

  • Kampung Tringgus Bong

  • Kampung Pangkalan Tebang

Ketua Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan, Retar Yasi, 58, dalam ucapannya menyatakan bahawa program perayaan pra-Gawai yang julung kali diadakan ini memberi impak yang positif dalam memperkukuhkan perpaduan komuniti, institusi keluarga serta hubungan kejiranan.

Retar Yasi: Program pra-Gawai ini cukup bermakna dalam memelihara budaya dan eratkan kerjasama antara komuniti dan JAPEN Bau.

Ia juga meningkatkan kerjasama antara Jabatan Penerangan (JAPEN) Bau dan komuniti setempat.

“Kami telah menubuhkan jawatankuasa kerja bagi menjayakan program ini yang melibatkan empat kampung. Syukur, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Seawal jam 6.00 petang, penduduk sudah hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat Bidayuh,” katanya.

Tambah beliau, program ini amat bermakna bagi masyarakat tempatan dalam usaha memelihara adat dan warisan budaya Bidayuh, sejajar dengan perayaan Gawai yang bakal disambut tidak lama lagi. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JAPEN Bau dan semua penduduk kampung atas sokongan menjayakan acara ini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, berkata program seperti ini menjadi platform yang berkesan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai inisiatif kerajaan serta isu-isu semasa yang sahih dan tepat kepada komuniti setempat, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penyebaran berita palsu.

-RJ-

Tinggalkan komen anda