
Lapor/foto: Sarah Nur Saad/PUO
MANJUNG, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) yang bermula Februari lalu telah pun berakhir kelmarin di Dewan Merdeka, di sini kelmarin sekali gus melengkapkan jelajahnya yang ke-10.

Persembahan tarian tradisional.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, penganjuran JMU 2025 adalah inisiatif utama Kementerian dalam memberikan pendedahan kepada pelajar seluruh negara terutamanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai proses kemasukan ke peringkat pengajian tinggi.
“Karnival ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
Tambah KPT lagi, melalui karnival ini, pelajar memperoleh pelbagai manfaat seperti panduan lengkap proses permohonan UPUOnline, mengetahui maklumat lanjut bagi mendapatkan tajaan, bantuan kewangan dan sebagainya.

Akmal Zharif (dua dari kiri, duduk) hadir mewakili Menteri KPT.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir yang berada di Rusia bagi lawatan rasmi ketika itu, sempat mengirimkan rakaman video ucapan.
“Pendidikan adalah senjata paling kuat yang boleh anda gunakan bagi mengubah dunia.
“Aspek kewangan tidak perlu menjadi penghalang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Turut hadir bagi mewakili Menteri KPT ialah Setiausaha Politik Akmal Zharif Ahmad Kamal.
-ZS-