Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program ‘Uplift’ Bantu Belia Sambung Belajar Sambil Bekerja

By 15 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Pejabat ADUN Semambu

KUANTAN, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Program ‘Uplift’ yang merupakan Program Belajar Sambil Bekerja membantu menyediakan peluang pendidikan alternatif kepada belia melalui kaedah bekerja separuh masa.

Chan ketika menyampaikan ucapan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Chan Chun Kuang program ini dapat memberi lebih banyak maklumat mengenai laluan pendidikan dan perancangan kerjaya kepada para pelajar agar mereka dapat membuat keputusan bedasarkan minat dan kebolehan masing-masing.

“Saya galakkan para pelajar agar dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengenali pelbagai laluan pendidikan dan tidak semestinya terikat kepada pencapaian akademik semata-mata.

Belia berpeluang untuk menyambung pelajaran sambil bekerja melalui program ‘Uplift’

“Apa yang penting ialah memilih hala tuju yang benar-benar sesuai dengan diri sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pendidikan 2025, di sini, kelmarin.

Chan turut mengingatkan para pelajar agar menjaga keseimbangan dari segi kesihatan mental dan emosi.

“Kejayaan hadir dalam pelbagai bentuk, bukan semua orang perlu dapat straight A untuk berjaya, apa yang lebih penting ialah hidup dengan matlamat, semangat dan kesihatan yang baik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda