Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlis Terpilih sebagai Pusat Ripositori Perpustakaan Negara Malaysia

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menzahirkan perasaan bangga kerana negeri Perlis telah dipilih untuk membangunkan sebuah Pusat Ripositori Perpustakaan Negara Malaysia-Perlis (PRPNM-Perlis).

Pusat yang di kendalikan oleh Kementerian Perpaduan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini berperanan sebagai hab strategik penyimpanan dan pengurusan koleksi bahan perpustakaan Peringkat Kebangsaan bagi Zon Utara, yang merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Majlis Perasmian Pusat Ripositori Tuanku Tengku Fauziah telah di sempurnakan oleh Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Majlis perasmian pusat raspitori tersebut berlangsung di Perpustakaan Awam Kuala Perlis dan telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan baginda turut berkenan menamakan pusat raspitori tersebut   sebagai Pusat Ripositori Tuanku Tengku Fauziah.

Berangkat hadir, Raja Perempuan Perlis  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Tuanku Syed Sirajuddin ketika bertitah di majlis tersebut, di sini semalam berharap agar Pusat Ripositori Tengku Fauziah ini akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat Perlis terutamanya dalam menjadikan Perlis sebagai pusat pengembangan ilmu.

“Saya amat menekankan mengenai budaya cintakan ilmu dalam kalangan rakyat khususnya rakyat negeri Perlis kerana ilmu pengetahuan merupakan asas kepada pembangunan diri manusia.

Suasana dalam Pusat Ripositori Tengku Fauziah.

“Pembangunan pusat ripositori ini amat bertepatan bagi memastikan ketersediaan koleksi khazanah warisan intelektual negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sempurna untuk rujukan bacaan generasi masa kini dan akan datang. Ini akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri Perlis,” titah baginda.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Pusat Ripositori Tuanku Tengku Fauziah ini telah dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di atas sebahagian tanah milik Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis.

Bangunan berkeluasan 6,802 kaki persegi yang dibina dengan kos sebanyak lebih RM2 juta dijangka memainkan peranan penting dalam memelihara dan memulihara khazanah warisan intelek negara untuk rujukan semua dan menyediakan perkhidmatan rujukan kepada masyarakat sekitar Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara bagi koleksi bahan perpustakaan yang diterima bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).

-ZS-

Tinggalkan komen anda