
Laporan/foto: M Zakry Chan
MELAKA, 26 Mei (MalaysiaAktif) – Kes demam denggi bermula 29 Disember 2024 hingga 10 Mei 2025 negeri Melaka mencatatkan penurunan kepada 480 kes berbanding 822 kes pada tempoh yang sama tahun 2024.

Ketua Menteri, memaklumkan menurunan kes denggi di Melaka semasa berucap dalam majlis tersebut.
Menurut Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, walaupun terdapat penurunan kes, isu ini tidak seharusnya dipandang remeh.
“Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam pengurusan kebersihan, khususnya dalam pembuangan sisa domestik bagi mengelakkan peningkatan kadar pembiakan nyamuk Aedes,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi Bulan Mei 2025 di Grand Ballroom Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini sebentar tadi.

Aktiviti gotong-royong berkala mampu mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes..
Menurut Naib Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Krubong Heights, Afi Razali, 35, sikap sentiasa ambil tahu dalam menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat mampu mencegah pembiakan nyamuk Aedes.
“Gotong-royong secara berkala amat penting bagi memastikan kawasan persekitaran kita sentiasa bersih daripada sampah sarap yang berkemungkinan menjadi tempat tangkungan air dan membolekan nyamuk Aedes membiak.
“Setiap penduduk harus bertanggungjawab dan bekerjasama bagi memastikan kes denggi in terus menurun dan kehidupan kita semua selamat,” ujarnya.
-ZS-