
Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Kolej Komuniti Gerik
GERIK, 27 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 56 orang pelajar dari 13 buah Kolej Komuniti Negeri Perak telah terpilih bagi menyertai Latihan Medan PISPA Kolej Komuniti Negeri Perak di Dewan Al-Farabi, Kolej Komuniti Gerik (KKGP).

Mengangkat beban untuk menilai kecergasan peserta.
Program latihan ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 23 Mei lalu telah dirasmikan penutupannya oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta Lt. Kol (PA) Mohd Zalimi Abd Aziz.
Mohd Zalimi ketika menyampaikan ucapan perasmian menyatakan bahawa latihan medan ini diharapkan dapat memupuk beberapa elemen siapsiaga bagi memperkukuhkan jati diri pelajar sebagai pelapis muda.
“Latihan ini memfokuskan kepada silibus Asas Pertahanan Awam bagi kita menilai peserta melalui penyelesaian tugasan yang diberikan,” ujarnya, di sini kelmarin.
“Kita amat berharap peserta berjaya melontarkan impak yang positif di samping mempunyai dasar kepimpinan yang tinggi tanpa melupakan sahsiah, menjunjung ilmu serta mampu membawa perubahan landskap, minda baharu bersama akhlak yang mulia,” katanya.
Turut hadir Pengarah KKGP merangkap Pengerusi PISPA KKGP Mejar Bersekutu (PA) Khairil Azhar Mohd Nor.
-ZS-