Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Matu Laksana Program Sembang Santai Bersama MP Igan

By 8 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto – Nurhayati Abdul Halim (Sarawak)

MATU, 27 Mac (MalaysiaAktif) –Program sembang santai bersama Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi telah laksanakan di salah sebuah restoran di Daerah Daro semalam oleh Pengerusi Komuniti Madani Daerah Matu, Norlia Morshidi.

Ahmad Johnie (kiri sekali) bersama Pengerusi Komuniti MADANI Daerah Matu, Norlia Morshidi (dua dari kiri) semasa sesi sembang santai.

Dalam sesi sembang santai tersebut yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Matu, Nurhayati Abdul Halim, Norlia telah menerangkan mengenai perancangan program-program Komuniti MADANI Daerah Matu yang akan diadakan sepanjang tahun 2025 antaranya Program JIWA Komuniti MADANI dan Akademi Asas Penerangan.

Katanya, Komuniti Madani Daerah Matu akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh terhadap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI dan Pejabat Penerangan Daerah Matu khususnya.

Ahmad Johnie menunjukkan statistik penerima PEKA B40 di Parlimen Igan hingga Disember 2024.

“Saya percaya dengan adanya Program Akedemi Asas Penerangan, kemahiran komunikasi Komuniti MADANI dapat diperingakat dan diperkasakan dalam penyebaran maklumat kerajaan yang berkesan dalam menyampaikan lebih banyak informasi yang tepat dan sahih kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perbincangan secara santai dan ringkas itu, pelbagai dasar dan inisiatif kerajaan telah dibincangkan untuk disampaikan kepada Komuniti setempat sejajar dengan peranan Komuniti MADANI sebagai jentera penyebar maklumat kerajaan dan menangkis penyebaran berita palsu.

Tinggalkan komen anda