Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

JIWA@Komuniti MADANI Perkasa Perpaduan dan Celik Isu Semasa

By 9 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Abdul Hadi Abdul Ghani/Asrul Affandi Saplie@Awang Sapre (Semporna)

SEMPORNA, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai menjadi platform berkesan dalam memperkasa komuniti, menyampaikan maklumat kerajaan serta memupuk perpaduan di peringkat akar umbi.

Mohamma Syah menyampaikan taklimat isu semasa kepada penduduk di Kampung Berjasa, Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Balimbang Abdul Muluk Mohd Yusup, yakin program seumpama itu diharap dapat melahirkan generasi muda dan warga emas yang lebih berani bersuara, berkongsi pandangan secara matang serta bertanggungjawab.

“Ia dapat membina jaringan persahabatan dan kerjasama antara anak muda daripada pelbagai latar belakang bagi memperkukuh perpaduan.

“Melalui interaksi yang lebih terbuka, ahli komuniti berpeluang untuk bertukar pandangan, menyampaikan aspirasi mereka serta bekerjasama dalam membangunkan komuniti yang lebih dinamik dan progresif,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Semporna Mohammad Syah Kisun, berkata program itu bertujuan mewujudkan platform perbincangan santai bagi anak muda untuk berkongsi pendapat, idea dan pandangan dalam suasana yang mesra serta terbuka.

Penyerahan risalah kepada penduduk sebagai usaha menyampaikan maklumat terkini berkaitan isu semasa.

“Menerusi program ini kita dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan muda tentang isu-isu semasa, pembangunan diri dan peranan mereka dalam masyarakat, di samping membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi.

“Dalam pada itu, saya menyeru agar semua penduduk lebih berwaspada terhadap berita palsu dan penipuan dalam talian oleh scammer,” katanya di Kampung Berjasa, Pulau Bum-Bum, di sini pada Jumaat.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Semporna itu turut menjadi medium penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa, selain memperkukuh perpaduan serta kerjasama antara Komuniti MADANI setempat dan pihak berkuasa tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda