Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Kuching Family Park Jayakan Ibadah Korban Sempena Aidiladha

By 9 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Magdellina Alfred Jeho/Azizi Bohari (Sarawak)

KUCHING, 7 Jun (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kuching Family Park dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuching Family Park dan AJK Masjid Ar Rahman Kuching Family Park telah menganjurkan majlis ibadah korban bersempena Program JIWA@Komuniti MADANI bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bertempat di perkarangan Masjid Ar Rahman Kuching Family Park, di sini hari ini.

Penduduk Kuching Family Park sedang melapah daging lembu korban secara bergotong-royong.

Program dimulakan dengan solat berjemaah Hari Raya Aidiladha diikuti dengan aktiviti gotong-royong melapah daging korban.

Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini hasil sumbangan individu yang prihatin terhadap kesejahteraan penduduk taman.

Ketua Komuniti MADANI Kuching Family Park, Mohamad Hasan Jahidin, 43, berkata program ini bukan sahaja bertujuan untuk melaksanakan ibadah korban tetapi juga untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Gotong-royong ibadah korban sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Kuching Family Park.

“Saya berharap program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk taman selain memberi peluang kepada semua untuk menghayati maksud sebenar ibadah korban.

“Selepas selesai proses melapah, daging korban akan diagihkan kepada golongan asnaf terpilih serta penduduk taman ini,” katanya.

Majlis ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, tetapi juga mengukuhkan nilai-nilai MADANI yang menekankan kesejahteraan dan keharmonian komuniti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda