Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

45 Keluarga Kampung Tengah Sungai Terima Daging Korban

By 20 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Magdellina Alfred Jeho/Kamarulzaman Osman (Sarawak)

KUCHING, 7 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 45 keluarga dari Kampung Tengah Sungai, di sini telah menerima agihan daging korban sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Dr Sim Kui Hian menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Komuniti MADANI Kampung Tengah Sungai, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah Sungai dan Surau Wastu An Nahri Kampung Tengah Sungai.

Majlis ibadah korban ini turut menerima sumbangan seekor lembu daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N14 Batu Kawah.

Zaharah, salah seorang penerima daging korban.

Menurut seorang suri rumah yang merupakan salah seorang penerima sumbangan daging korban, Zaharah Ripin, 59, beliau amat bersyukur atas bantuan yang diberikan kerana ia sedikit sebanyak meringankan beban.

“Program sebegini sangat wajar diadakan kerana kita dapat menghayati maksud di sebalik ibadah korban ini dan menyeru agar umat sentiasa bersyukur, serta berkongsi rezeki dengan orang susah,” katanya.

Majlis ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai MADANI yang menekankan kepedulian dan kesejahteraan masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda