Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘Langkah Sihat, Komuniti Hebat’

By 16 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syahida Che Rus/Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Program larian ceria ‘Langkah Sihat, Komuniti Hebat’ anjuran Komuniti MADANI Dulang berlangsung meriah, di sini kelmarin dengan penyertaan penduduk dari pelbagai lapisan umur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Nurhidayah.

Program ini bertujuan memupuk budaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Ketua Komuniti MADANI Dulang Rosdi Yahya dalam ucapan aluannya, berkata penghargaan atas sambutan yang diberikan dan berkongsi tentang pelbagai program yang telah serta akan dilaksanakan di bawah inisiatif Komuniti MADANI Dulang.

“Saya menyeru seluruh penduduk untuk terus menyokong dan menyertai program komuniti demi manfaat bersama,” katanya.

Para hadirin memberi tumpuan kepada maklumat yang disampaikan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Yan, Nurhidayah Mohamad Zaher yang menzahirkan rasa syukur atas komitmen dan sokongan padu daripada semua pihak yang menjayakan program Jiwa@Komuniti MADANI Dulang (Kemasyarakatan).

Nurhidayah turut berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan Ops Gasak oleh kerajaan serta tema Hari Kebangsaan tahun yang diumumkan 11 Jun lalu oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ dan berharap program seperti ini menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat serta mempererat jalinan kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda