Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Ngiling Bidai Eratkan Silaturahim Komuniti di Song

By 10 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Joseph Laga / Matteus Felix (Sarawak)

SONG, 16 Jun (Malaysia Aktif) – Acara Ngiling Bidai atau penutupan Gawai Dayak menjadi platform terbaik dalam mengeratkan perpaduan serta silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Lidam Assan (duduk, berbaju putih) menyertai upacara Miring sebagai tanda memohon restu dan memberkati perjalanan majlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, simbolik penutupan Gawai itu kini disambut oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, menjadikannya acara unik yang mencerminkan keharmonian komuniti.

Lidam (tengah, berbaju putih) merakam gambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir ke Majlis Ngiling Bidai anjuran Komuniti MADANI Pekan Song.

“Saya merasa sangat bangga dengan usaha Jabatan Penerangan Daerah Song kerana melalui program sebegini mereka dapat membantu kerajaan dalam usaha memasarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program JIWA@Komuniti MADANI : ‘Ngiling bidai’ yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI Pekan Song di Rumah Asap Paulus, semalam.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian Ngajat Ngetas Ranyai dan tarian tradisional oleh Komuniti MADANI.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda