
Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Guru dan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Paku, di sini menyambut baik dan berjaya menyertai Program JIWA@Kelab Malaysiaku SMK Paku 2025 anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Bau dan sekolah berkenaan, di dewan sekolah itu dengan 290 orang peserta hadir memeriahkan program berkenaan, semalam.

Anek dmengakui Program JIWA@Kelab Malaysiaku memberi impak positif kepada warga SMK Paku.
Pengetua SMK Paku Anek Apok dalam ucapan perasmiannya menyifatkan program ini memberi impak positif kepada peserta program dan menjadi salah satu platform penting Pejabat Penerangan Daerah Bau meningkatkan kesedaran generasi muda khususnya pelajar berkaitan inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa untuk manfaat mereka seperti keselamatan dalam talian dan penghayatan Rukun Negara selain menjayakan Kempen Tak Nak Pada Buli.
“Kempen bersemuka yang dijalankan JAPEN Bau (Pejabat Penerangan Daerah Bau) menerusi program Kelab Malaysiaku ini cukup memberi impak positif bukan sahaja kepada ahli-ahlinya malahan pelajar lain dan seluruh warga sekolah yang memberi penekanan kepada membudayakan penggunaan internet yang selamat, penghayatan Rukun Negara dalam kehidupan harian dan Kempen Tak Nak Pada Buli.

Sumardi ketika menyampaikan ceramah berkaitan inisiatif kerajaan, Rukun Negara, keselamatan dalam talian dan Kempen Katakan Tak Nak Pada Buli.
“Pelbagai pengisian menarik yang berlangsung telah berjaya memberi penjelasan dan pemahaman lanjut kepada peserta berkaitan nilai kenegaraan dan konsep Malaysia MADANI selain melahirkan generasi muda yang cintakan negara dan mengamalkan nilai-nilai murni sejajar dengan konsep Malaysia MADANI menerusi ceramah, sembang santai, edaran bahan penerbitan dan sesi soal jawab yang dilaksanakan oleh JAPEN Bau,” jelasnya.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, Ketua Guru Penasihat Kelab Malaysiaku Shertella Willian Bakar dan Pegawai Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Paku Denis Etem.
-RJ-