Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelajar Tingkatan Enam SMK Pendang Mendalami Proses Pilihan Raya

By 18 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 65 orang pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang telah menyertai Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Jiwa MADANI@Kelab Malaysiaku yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Pendang di Dewan Al-Marbawi, di sini hari ini.

Simulasi pilihan raya dijalankan bagi memberi kefahaman kepada para pelajar tentang proses pengundian di Malaysia

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Guru Penyelaras Pelajar Tingkatan Enam SMK Pendang ini diadakan bagi membina kesedaran sivik serta memperkukuh kefahaman pelajar mengenai hak mengundi dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia.

Menurut Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Pendang, Abdul Shukor Saad, pelaksanaan program ini merupakan satu peluang terbaik bagi para pelajar untuk merasai sendiri suasana dan proses yang dilalui pada hari pengundian sebenar di negara ini.

Petugas membuat edaran bahan penerbitan kepada para peserta program

“Para pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman sebenar proses pilihan raya dan hari ini kita ingin memastikan para pelajar mengetahui hak mengundi serta memahami tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia”, ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pendang, Mohd?Zaid Md Zain, yang telah menyempurnakan majlis perasmian pada hari ini menekankan bahawa penganjuran program seperti ini merupakan sebahagian daripada proses pendidikan sepanjang hayat yang amat penting dalam membentuk generasi celik demokrasi.

“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang proses pilihan raya malah berfungsi sebagai platform pendidikan berterusan yang mampu membentuk pemikiran kritis, nilai tanggungjawab serta kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Objektif utama program ini adalah menyemai semangat Jiwa MADANI dalam kalangan pelajar sekali gus membentuk masyarakat yang maju dari segi pemikiran serta menyokong dasar dan misi negara ke arah pembangunan yang holistik dan seimbang.

Melalui penganjuran ini, pihak PPD Pendang berharap agar dapat melahirkan generasi muda yang aktif, berilmu, bertanggungjawab dan benar-benar menghayati nilai-nilai demokrasi melalui penglibatan langsung dalam simulasi proses pilihan raya.

-AA-

Tinggalkan komen anda