Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertandingan Program Pembangunan Adab dan Nilai

By 3 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kota Setar)

ALOR SETAR, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Pertandingan Program Pembangunan Adab dan Nilai Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025 bersempena Karnival Pendidikan Islam telah berlangsung dengan jayanya, hari ini.

Para juri menilai dan memberi markah kepada peserta

Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah.

Pertandingan ini menghimpunkan penyertaan daripada 13 buah sekolah rendah dan 8 buah sekolah menengah di sekitar daerah Kota Setar.

Peserta dari SMK Kubang Rotan

Ia merupakan salah satu usaha berterusan pihak PPD dalam memperkasa pendidikan nilai dan sahsiah dalam kalangan murid serta pelajar melalui medium seni Islam seperti nasyid.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan antara sekolah yang menyertai pertandingan ini dan ini merupakan kali pertama penyertaan mereka.

Kumpulan nasyid sekolah ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hazamer Muslim, 32, selaku pengurus kumpulan.

“Saya berusaha sedaya upaya bersama ahli kumpulan untuk menampilkan persembahan yang terbaik, dan ini merupakan pengalaman pertama kami,” ujarnya.

Penyertaan sulung SMK Kubang Rotan mendapat galakan positif daripada pelbagai pihak dan persembahan kumpulan nasyid mereka telah berjaya menarik perhatian para juri serta penonton.

Sekolah yang dinobatkan sebagai juara pertandingan akan mewakili Daerah Kota Setar ke peringkat Negeri Kedah yang dijadualkan berlangsung di Langkawi.

Program ini bukan sahaja menjadi platform bakat seni Islam, tetapi juga bertujuan untuk menyemai nilai murni serta memperkukuh adab dalam kalangan generasi muda sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda