Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program JIWA@Kelab Malaysiaku SMK Paku Semai Nilai Kenegaraan Dan Tolak Buli

By 35 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Guru dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku menyambut baik pelaksanaan Program JIWA@Kelab Malaysiaku SMK Paku 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dengan kerjasama pihak sekolah di Dewan SMK Paku semalam.

Anek Apok merasmikan Program JIWA@Kelab Malaysiaku yang membawa mesej kenegaraan, keselamatan dalam talian dan tolak budaya buli.

Pengetua SMK Paku, Anek Apok, 57, dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa program ini memberikan impak yang positif kepada para peserta dan menjadi salah satu platform penting bagi JAPEN Bau dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar.

Antara fokus utama yang diketengahkan termasuk pendedahan berkaitan inisiatif kerajaan, isu-isu semasa seperti keselamatan dalam talian, penghayatan Rukun Negara, serta menyokong pelaksanaan Kempen Tak Nak Pada Buli.

Denis memberi penerangan kepada pelajar SMK Paku berkaitan inisiatif kerajaan dan isu semasa dalam Program JIWA@Kelab Malaysiaku.

“Kempen bersemuka yang dijalankan JAPEN Bau menerusi program Kelab Malaysiaku ini cukup memberi impak positif bukan sahaja kepada ahli-ahlinya malahan pelajar lain dan seluruh warga sekolah yang memberi penekanan kepada membudayakan penggunaan internet yang selamat, penghayatan Rukun Negara dalam kehidupan harian dan Kempen Tak Nak Pada Buli.

Shertella merakamkan penghargaan atas komitmen pelajar dan guru yang memeriahkan Program JIWA@Kelab Malaysiaku di SMK Paku.

“Pelbagai pengisian menarik yang berlangsung telah berjaya memberi penjelasan dan pemahaman lanjut kepada peserta berkaitan nilai kenegaraan dan konsep Malaysia MADANI selain melahirkan generasi muda yang cintakan negara dan mengamalkan nilai-nilai murni sejajar dengan konsep Malaysia MADANI menerusi ceramah, sembang santai, edaran bahan penerbitan dan sesi soal jawab yang dilaksanakan oleh JAPEN Bau,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, Ketua Guru Penasihat Kelab Malaysiaku, Shertella Willian Bakar dan Pegawai Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Paku, Denis Etem juga kelihatan hadir memeriahkan program.

-RJ-

Tinggalkan komen anda