Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Jiwa Komuniti MADANI Syura Bina Bantu Daya Tahan Mental Murid

By 9 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Aidil Md. Lazim/Mohamad Sufian Abdullah (Kulai)

KULAI, 24 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 136 orang murid Tahun Satu hingga Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Gunung Pulai menyertai Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Komuniti MADANI Syura dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kulai dan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, semalam.

Program yang bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah rendah ini dimeriahkan dengan pengisian interaktif serta pendekatan kreatif berasaskan nilai murni dan psikososial.

Antara aktiviti menarik ialah sesi perkongsian kesihatan, tayangan video pendidikan dan permainan emosi yang dikendalikan oleh pegawai kesihatan profesional.

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Dr. Zatul Itrie A. Rahim, gaya hidup aktif merupakan kunci utama dalam menjaga kesihatan mental kanak-kanak.

ā€œKesihatan mental bukan hanya tentang emosi, tetapi juga berkait rapat dengan fizikal. Anak-anak perlu keluar bermain, berlari dan berpeluh, bukan sekadar duduk di rumah. Badan yang sihat akan bantu otak lebih cerdas dan hati lebih gembira,ā€ katanya penuh semangat.

Sementara itu, Pegawai Perubatan iNCD Dr. Nur Adlin Adnan pula menggunakan pendekatan yang dekat dengan dunia kanak-kanak melalui contoh animasi tempatan.

Penerimaan bahan penerbitan berkenaan ā€˜Panduan Lafaz Penuh Ikrar Rukun Negara’ kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gunung Pulai.

ā€œNilai murni yang dipaparkan dalam animasi tempatan wajar dijadikan teladan. Sikap bantu-membantu seharusnya dipupuk sejak usia muda agar menjadi amalan sepanjang hayat.

ā€œAnak-anak perlu diasuh untuk peka terhadap keadaan sekeliling, hulurkan bantuan apabila rakan memerlukan, hormati dan dengar nasihat guru serta ringan tulang membantu ibu bapa di rumah. Meskipun kecil, setiap pertolongan yang diberikan mampu membentuk peribadi yang penyayang, prihatin dan bertanggungjawab,ā€ jelas beliau dengan nada mesra.

Inisiatif ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh daya tahan mental generasi muda, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kasih sayang, ihsan dan kebersamaan dalam membina masyarakat sejahtera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda