Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MB Pahang Sampaikan Watikah Pelantikan JPKK

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Zaki (Bentong)

BENTONG, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Menteri Besar (MB) Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan watikah pelantikan kepada 643 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi sesi 2024-2026, di sini kelmarin.

Wan Rosdy menegaskan Pengerusi JPKK perlu menjadi mata dan telinga kerajaan, jadi penghubung kepada jabatan.

Wan Rosdy dalam satu kenyataan di Facebook, berkata lantikan ini adalah satu amanah besar daripada Kerajaan Negeri dan juga rakyat dalam menjalankan amanah sebagai barisan hadapan kepimpinan kampung.

“Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Makmur Pahang Kluster Umum telah memperuntukkan RM1 juta sebagai insentif kepada Pengerusi JPKK, JPKKOA dan Tok Batin serta Timbalan Pengerusi JKKR di negeri ini.

Abdul Kholid nekad akan menggalas tanggungjawab sebaiknya.

“Semoga kesemua yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan amanah serta menjadi mata dan telinga kerajaan negeri, pelaksana, pemudah cara, pembimbing dan penyambung suara rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Agropolitan Chemomoi Abdul Kholid Mohd Sharif pelantikan menyatakan perasaan terharu kerana telah dilantik sekali lagi sebagai Pengerusi.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang yang melantik semula saya dan rakan-rakan lain, ini satu tanggungjawab berat yang perlu dipikul namun saya akan memastikan untuk menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda