
Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad
KUALA TERENGGANU, 26 Jun (MalaysiaAktif) ā Terengganu melakar sejarah gemilang apabila Surat Persendirian Baginda Omar, khazanah abad ke-19, diangkat sebagai warisan dunia melalui pengiktirafan oleh UNESCO di bawah Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MOWCAP) pada 8 Mei 2024.

Penulis Buku Baginda Omar Prof Madya Dr Riswadi Azmi Pengarah Pusat Ihsan UMT menyampaikan taklimat kepada Sultan Terengganu Sultan MizanĀ ZainalĀ Abidin
Kejayaan ini diraikan dalam Majlis Perisytiharan dan Seminar Warisan Asia Pasifik Surat Persendirian Baginda Omar yang berlangsung penuh bersejarah di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, kelmarin.
Lebih bermakna, majlis ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah, menunjukkan komitmen tinggi Institusi Diraja terhadap pemeliharaan warisan bangsa.

YB Senator Saraswathy Kandasami menyampaikan ucapan mewakili Menteri PerpaduanĀ Ā Negara
Surat-surat yang ditulis oleh Almarhum Sultan Omar ibni Sultan Ahmad menggambarkan ketajaman pemikiran, kehalusan diplomasi dan kebijaksanaan pentadbiran baginda dalam berdepan kuasa asing seperti British, Siam dan Kesultanan Riau-Lingga.
Koleksi surat tersebut kini disimpan dengan rapi di Arkib Negara Malaysia, hasil usaha konservasi dan pendigitalan yang rapi.
Dalam ucapan Menteri Perpaduan Negara yang disampaikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, beliau menekankan kepentingan seminar ini dalam menyemai semangat kenegaraan dan perpaduan menerusi penghargaan terhadap sejarah tempatan.
Surat ini bukan sahaja milik Terengganu, tetapi warisan bersama umat manusia. Ia menjadi bukti kewujudan minda diraja yang progresif dan berpandangan jauh,ā ujar beliau.
Tambah beliau, seminar ini menjadi medan penting untuk merungkai naratif sejarah autentik, sekaligus menyokong matlamat Dasar Perpaduan Negara yang mengangkat konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian melalui apresiasi terhadap budaya dan warisan.
Turut berangkat memeriahkan majlis ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Paduka-PadukaĀ anakanda.
-AA-