Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Perkukuh Kerjasama Dua Hala Menerusi Libat Urus

By 7 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Priscilla Kathy Anak Paul (Sarawak)

SERIAN, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Sesi Libat Urus Komuniti MADANI bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasioanl (NADI) Tebedu yang berlangsung di NADI Tebedu bukan sahaja sesi bertukar pandangan, mendapat maklum balas tentang program-program telah dan akan dilaksanakan bersama tetapi juga untuk memperkukuhkan kerjasama antara Komuniti MADANI dan pihak NADI.

Rabuni (5 dari kiri) serta rombongan Komuniti MADANI Kampung Darul Falah merakam gambar kenangan bersama Vee Fely (4 dari kiri) di NADI Tebedu.

Sesi Libat Urus ini disertai 10 orang ahli Komuniti MADANI Kampung Darul Fallah yang diketuai Rabuni Bin Majini, Ketua Komuniti MADANI.

Pengurus NADI Tebedu, Vee Fely Malek, 33 tahun, menyambut baik kehadiran delegasi Komuniti MADANI Kampung Darul Fallah dalam sesi libat urus tersebut.

Priscilla (2 dari kiri) berkongsi cadangan bersama Vee Fely sambal diperhati Rabuni (3 kanan) serta barisan AJK Komuniti MADANI Kampung Darul Falah.

“ Saya berharap kerjasama yang terjalin melalui program-program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bersama terutama Program Slot Khas Komuniti MADANI X NADI akan membantu Komuniti MADANI menyebarluas pelbagai inisiatif dan perkhidmatan NADI, katanya semalam.

Hadir sama pada sesi libat urus tersebut adalah Priscilla Kathy Anak Paul, Penyelaras Komuniti MADANI Kampung Darul Fallah mewakili Pegawai Penerangan Daerah Serian.

-RJ-

Tinggalkan komen anda