Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pemasangan Lampu Solar Perkasa Prasarana Kampung Orang Asli

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Manjasari Shamsudin (Sepang)

SEPANG, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Sebanyak 13 unit lampu solar dengan kos RM19,610 dipasang untuk menerangi laluan di tiga buah Kampung Orang Asli (KOA) iaitu KOA Bukit Bangkong, KOA Hulu Chuchoh dan KOA Sungai Belankan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor Papparaidu Veraman berkata usaha itu adalah untuk memperkasa komuniti Orang Asli melalui pembangunan prasarana yang mampan dan inklusif.

Lawatan ke salah satu lokasi pemasangam lampu solar bersama Tok Batin dan Pengerusi KOA Bukit Bangkong.

“Usaha ini melambangkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan dan keselamatan masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian sewajarnya, selari dengan prinsip pembangunan yang adil dan menyeluruh.

“Program ini bukan sahaja memperbaiki aspek fizikal dan keselamatan kampung, malah turut mengeratkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya semasa merasmika Pemasangan Lampu Solar di Dewan Terbuka KOA Bukit Bangkong, Sungai Pelek, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Majlis Kuala Langat Rukiyah Kolamchery dan Tok Batin KOA Bukit Bangkong Haris Gungoh serta Pengerusi KOA Bukit Bangkong Merin Mungai.

Sesi bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli setempat.

Mengulas lanjut projek tersebut katanya memberi manfaat kepada 372 isi rumah dengan keseluruhan penduduk seramai 1,071 orang.

“Kawasan tersebut dikenal pasti kurang pencahayaan dan dengan pemasangan lampu solar ini diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan serta kemudahan pergerakan penduduk, terutamanya pada waktu malam.

“Program ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam membangunkan masyarakat Orang Asli secara seimbang dan berteraskan prinsip keadilan sosial,” ujarnya.

-FN-

Tinggalkan komen anda