Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025 Pacu Kesedaran Mobiliti Mampan

By 9 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shalene Selva Segar

GEORGE TOWN, 3 Jul (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025 menjadi platform penting dalam mendidik orang ramai tentang kepentingan sistem pengangkutan yang mampan, selamat dan inklusif.

Acara selama tiga hari di Aras 3, KOMTAR itu menghimpunkan 14 agensi dan organisasi yang mempamerkan pelbagai inisiatif, teknologi serta solusi terkini dalam bidang pengangkutan.

Antara reruai yang menjadi tumpuan pengunjung.

Lebih 300 pengunjung berdaftar hadir untuk meninjau secara dekat perkembangan mobiliti masa depan pengangkutan negeri.

Antara pameran yang mencuri tumpuan termasuk demonstrasi sistem pengangkutan awam moden seperti perkhidmatan bas mesra alam, teknologi pengangkutan pintar, infrastruktur hijau serta penyelesaian mobiliti masa hadapan.

Salah seorang pengunjung, Nurul Ashikin, 35, berkata penganjuran program sedemikian wajar diteruskan kerana memberi pendedahan berguna kepada masyarakat.

“Program ini sangat bermanfaat, ia membuka ruang kepada perbincangan terbuka tentang cabaran dan peluang dalam membentuk sistem pengangkutan yang lebih cekap dan mesra alam di Pulau Pinang,” katanya.

Sambutan itu turut dijangka menjadi pemangkin kepada perancangan jangka panjang kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda mobiliti lestari untuk rakyat.

-FN-

Tinggalkan komen anda