Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

SMeC 2025 Perkasa Peranan AI untuk Masa Depan Industri Media

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Safik Effendi Kassim (Sarawak)

KUCHING, 4 Julai (MalaysiaAktif) – Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 edisi kedua yang berlangsung dari 2 hingga 3 Julai baru-baru ini, membuka ruang penting untuk membincangkan cabaran dan masa depan industri media dalam era kecerdasan buatan (AI).

Sesi Dialog semasa Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025.

Bertemakan “Artificial Intelligence: Shaping the Future of Media and Journalism”, persidangan dua hari itu menghimpunkan lebih 700 peserta termasuk pengamal media, ahli akademik dan pelajar kewartawanan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.

SMeC 2025 menjadi medan penting bagi membincangkan cabaran serta masa depan industri media dalam era digital, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam dunia kewartawanan yang semakin berkembang pesat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ketika merasmikan majlis menekankan kepentingan penggunaan AI dalam meningkatkan kecekapan dan kompetensi kerja wartawan.

Damian terinspirasi dengan pengisian SMeC 2025, melihat AI sebagai peluang baharu dalam dunia media.

Menurut peserta, Damian Daries Sila, 22, penyertaan dalam SMeC membuka matanya terhadap impak AI dalam dunia kewartawanan.

“Saya sangat terinspirasi dengan perkongsian para penceramah dan kini lebih memahami realiti industri media hari ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi panel, semalam.

Abigail optimis terhadap potensi AI sebagai alat bantu tetapi percaya sentuhan manusia masih penting.

Abigail Sudang Anau, 19, pula berpendapat AI mampu memperkasa pelajar kewartawanan dan mempercepat tugas rutin seperti transkripsi dan analisis data.

“Namun, elemen manusia tetap penting, terutama dalam menyampaikan berita yang beretika dan penuh empati. Gabungan AI dan sentuhan manusia akan mencorakkan kewartawanan yang lebih bertanggungjawab,” katanya.

Antara topik menarik yang dibincangkan termasuk AI Memacu Transformasi Media: Cabaran dan Peluang, Kelangsungan Industri Media dalam Mendepani AI, dan Masa Depan Kerjaya Media dalam Dunia Dipacu AI.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda